Rahsia Tarikh Lahir
Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir
Tafsiran personaliti dan potensi diri melalui tarikh lahir ini adalah dibuat berdasarkan kepada ilmu Sains Metafizik. Oleh itu tafsiran melalui kaedah ini BUKAN sesuatu yang SAHIH dan TIDAK SESUAI dijadikan sebagai suatu pegangan / kepercayaan hidup apatah lagi digunakan bagi meramal masa depan anda. INGIN DIINGATKAN bahawa membuat tilikan nasib adalah sesuatu yang HARAM dari sudut Syarak. Hanya Allah yang maha mengetahui setiap perkara di langit dan di bumi.
Walaubagaimanapun, kaedah ini adalah satu usaha (ikhtiar) dalam mengenali diri ke arah menjadikan diri kita makhlukNYA yang lebih baik. Jika tafsiran ini secara kebetulan :
- BETUL menyatakan sesuatu yang POSITIF tentang diri anda, janganlah riak, SEBALIKNYA mantapkan/gilaplah lagi.
- BETUL menyatakan sesuatu yang NEGATIF tentang diri anda pula, janganlah berasa kecewa SEBALIKNYA hindari/perbaikilah.
- SALAH menyatakan sesuatu yang POSITIF tentang diri anda, maka adalah BAIK JUGA jika anda berusaha bersungguh-sungguh memilikinya.
- SALAH menyatakan sesuatu yang NEGATIF tentang diri anda, maka adalah BAIK JUGA jika anda berusaha bersungguh-sungguh menghindarinya.
Maksud Al-Quran : Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.
Maka manusia yang cuba mengenali dirinya adalah lebih baik daripada sebaliknya. Dengan mengenali potensi diri, anda mempunyai peluang lebih tinggi menjadi lebih baik dan seterusnya menjadi HEBAT dan bersedia sepenuhnya untuk menggapai dan mengecapi KEJAYAAN.
InsyaAllah. |